[Perlancongan] 5 Gunung Tertinggi Di Malaysia
Sebagai pecinta alam, terutamanya yang suka naik gunung, belum puas rasanya jika belum menakluk Gunung Tertinggi di Dunia, iaitu gunung Everest. Tapi jika kita ingin menakluk Gunung Tertinggi ini, kita haruslah mempunyai persiapan yang cukup terutama dari segi pengalaman dan fizikal. Salah satu cara untuk menimba pengalaman serta latihan yang bagus ialah mendaki gunung-gunung tertinggi di dalam Malaysia. Berikut adalah gunung-gunung tertinggi di Malaysia; 1. Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu adalah Gunung Tertinggi di Malaysia, dan merupakan Gunung ketiga tertinggi Di Asia dengan ketinggian mencapai 4.095 meter diatas permukaan laut. Gunung ini terletak di pulau kalimantan, tepatnya didaerah Kundasang, Sabah. Gunung ini dianggap sebagai lambang kebesaran oleh warga Sabah yang dipercaya memberi semangat persatuan mereka. Gunung Kinabalu juga menyimpan beberapa mitos, salah satunya yang terkenal adalah menurut orang Kadazan Sabah ( salah satu suku di daerah tersebut), Gunung K...