[INFO] 5 Haiwan Paling Membunuh Dan Berbahaya Di Dunia
Di dunia ini, terdapat banyak haiwan yang boleh menyebabkan kematian dan dikira berbahaya kepada manusia kerana sifat dan cara binatang-binatang ini bertindak. Di sini, saya nak kongsikan haiwan-haiwan yang berbahaya.
1. Ikan Jerung
Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, jerung merupakan pembunuh manusia. Jerung membunuh manusia sama ada berada dalam keadaan terancam mahupun tidak. Sejak 1990, terdapat 139 serangan jerung ke atas manusia. Dan 29 menemui maut. Spesis Jerung paling berbahaya didunia adalah jerung putih
2. Lalat Rumah
Bahaya lalat ini sangat mengerikan. Ketika lalat hinggap di kulit manusia seketika, ianya mampu meletakkan telurnya di kulit manusia, kebiasaanya ketika kita tidur. Suhu panas tubuh manusia, membuatkan telur ini akan menetaskan menjadi larva. Larva lalat ini kemudian masuk ke dalam kulit, dan tumbuh besar dibawah kulit dengan perlahan-lahan memakan daging manusia. Permulaannya seperti bermasalah kulit dan jika tiada penyelesaian mampu membuatkan badan menjadi bernanah dan berulat.
3. Kala Jengking
Walaupun kala jengking ini berbisa, namun cuma ada 24 jenis racun pada kala jengking yang boleh membunuh manusia. Selebihnya cuma dapat memberi alahan kepada manusia. Pada umumnya kebanyakan sengatan Kalajengking tidak menimbulkan kematian bagi orang dewasa yang sehat. Namun akan sangat berbahaya bagi mereka yang menderita alergi, penyakit jantung maupun anak kecil dan orang tua.
4. Ular
Pada umumnya, ular merupakan haiwan yang ditakuti manusia. Namun, bukan semua ular adalah beracun. 450 spesis ular beracun, dan 250 daripadanya boleh membunuh.
5. Nyamuk
Mungkin anda tidak menyangka nyamuk merupakan haiwan paling berbahaya di dunia. Nyamuk nampak tidak berbahaya, namun ianya penyebab banyak penyakit di dunia seperti malaria, chikungunya, tularemia, denggi dan banyak lagi. Yang paling terbaru adalah virus Zika yang disebarkan melalui nyamuk. Manusia yang dijangkiti virus Zika hanya dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Allah telah memberikan petunjuk awal kepada kita manusia mengenai nyamuk. Pada zaman nabi Ibrahim juga ada 1 kisah tentang raja Namrud yang mati disebabkan seekor nyamuk. Nabi Ibrahim a.s. bermunajat kepada Allah sambil berkata, "Ya Allah, sesungguhnya Raja Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka tentera yang selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk." Al-Baqarah:26 - Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
Comments
Post a Comment