[Perlancongan] 5 Gunung Tertinggi Di Malaysia


Sebagai pecinta alam, terutamanya yang suka naik gunung, belum puas rasanya jika belum menakluk Gunung Tertinggi di Dunia, iaitu gunung Everest. Tapi jika kita ingin menakluk Gunung Tertinggi ini, kita haruslah mempunyai persiapan yang cukup terutama dari segi pengalaman dan fizikal.

Salah satu cara untuk menimba pengalaman serta latihan yang bagus ialah mendaki gunung-gunung tertinggi di dalam Malaysia. Berikut adalah gunung-gunung tertinggi di Malaysia;



1. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah Gunung Tertinggi di Malaysia, dan merupakan Gunung ketiga tertinggi Di Asia dengan ketinggian mencapai 4.095 meter diatas permukaan laut.

Gunung ini terletak di pulau kalimantan, tepatnya didaerah Kundasang, Sabah. Gunung ini dianggap sebagai lambang kebesaran oleh warga Sabah yang dipercaya memberi semangat persatuan mereka.

Gunung Kinabalu juga menyimpan beberapa mitos, salah satunya yang terkenal adalah menurut orang Kadazan Sabah ( salah satu suku di daerah tersebut), Gunung Kinabalu dipercaya tempat bersemedinya roh mereka setelah meninggal.



2. Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi terletak tidak jauh dari Gunung Kinabalu yang juga merupakan Gunung kedua Tertinggi Di Malaysia. Meskipun letak tidak jauh dari Gunung Kinabalu, tapi soal ketinggian kedua gunung ini berbeza jauh dimana Gunung Kinabalu (4.095 meter) sedangkan Gunung Trusmadi memiliki ketinggian hanya 2.642 meter diatas permukaan laut.

Tapi, setiap Gunung memiliki kelebihannya masing-masing. Untuk gunung ini, salah satu kelebihannya adalah terdapat beraneka ragam jenis fauna yang tinggal di hutan Gunung Trusmadi.



3. Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon adalah salah satu gunung yang terbentuk di atas Banjaran Crocker yang merupakan dataran tinggi negeri Sabah, Malaysia. Gunung ini memiliki ketinggi 2.579 meter diatas permukaan air laut.

Jika dilihat lokasi geografinya, kita akan mendapati banjaran Crocker menyambung  gunung Tambuyukon, Trusmadi, dan Kinabalu. Ya ketiga gunung ini sebenar masih satu pegunungan yang dinamakan Kinabalu Park.


4. Gunung Murud

Gunung Murud juga masih terletak di pulau kalimantan, tepatnya di daerah Serawak, Malaysia. Gunung Murud juga dikenal dengan sebutan Gunung Muru, memiliki ketinggian 2.423 meter diatas permukaan laut.

Gunung ini terkenal dengan Batu Lawi nya dan di dalam hutan gunung ini juga menyimpan beraneka macam jenis buah-buahan yang bisa dimakan.


5. Gunung Mulu

Gunung Mulu terletak di daerah Serawak dengan ketinggian 2.376 meter diatas permukaan laut. namun begitu yang terkenal di gunung ini adalah susunan batu-batu cantik yang menjulang dengan ketinggian kurang lebih 700 meter.

Selain susunan batu cantik tersebut, disini juga banyak terdapat gua-gua bersejarah, bahkan kawasan Gunung Mulu National Park sudah tercatat di UNESCO sebagai salah satu situs warisan dunia.

Comments

Popular posts from this blog

[INFO] 5 Haiwan Paling Membunuh Dan Berbahaya Di Dunia

[Hiburan] Top 5 Movie yang Diharamkan di Malaysia

[Sejarah] Top 5 Pemerintah paling Kejam Didunia