[Relationship] Top 5 Cara-Cara untuk Move On daripada Ex kita


1. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan perkara-perkara seperti kerja, hobi-hobi, dan juga bergaul dengan kawan-kawan.
Luangkan masa anda dengan perkara yang anda minati. Dengan cara ini, fokus anda akan beralih daripada ex anda dan anda juga akan merasa senang hati apabila bergaul dengan orang lain.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi dan akan mengingati memori-memori dengan ex anda dahulu.

2. Hindari semua perkara tentang dia

Elakkan diri anda daripada benda-benda yang mengingatkan anda tentang ex anda.
Contohnya, jangan pergi ke tempat-tempat yang anda selalu "date" dengan si dia.
Jangan dengar lagu-lagu yang berkaitan dengan dia. Jika anda terdengar lagu-lagu itu bermain di radio, segera tutup radio itu.

3. Ceritakan masalah kepada orang yang anda percayai

Ceritakanlah masalah anda kepada kawan-kawan rapat ataupun ahli keluarga anda.
Mereka mampu memberikan nasihat yang bernas untuk anda move one daripada ex anda itu.
Ingat, kita tidak akan mampu menghadapi masalah berkaitan perasaan dengan sendiri. Sokongan daripada teman-teman dan ahli keluarga akan membuat anda merasa lega dan disayangi.

4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang menyakitkan hati, tetapi ini adalah cara terbaik untuk meluapakan ex anda itu.
BUANG SEGALA TENTANG DIA.
buang segala benda yang dia berikan kepada anda, lebih baik lagi, bakar benda-benda itu.
Jika anda masih befollow dengan ex anda di social media, unfollow ex anda dan lebih baik lagi block account-account dia.
Buang nombor telefon ex anda dari list contact anda. Jika anda mempunyai fungsi block, block lah number ex anda itu.

5. Terimalah kenyataan

Benda paling penting untuk kita melupakan seseorang ialah untuk menerima kenyataan.
Kita semua tahu bahawa setiap sesuatu mesti akan berakhir, dan "relationship" juga akan berakhir.
Sentiasa ingat bahawa jodoh ada ditangan tuhan, dan jika dia bukan jodoh kita, kita tentu akan jumpa seseorang yg lebih baik nanti.

Akhir sekali, rapatkanlah diri dengan tuhan. Semua ini adalah aturan-Nya, dan setiap kita ada perancangan yang telah Dia tetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

[INFO] 5 Haiwan Paling Membunuh Dan Berbahaya Di Dunia

[Hiburan] Top 5 Movie yang Diharamkan di Malaysia

[Sejarah] Top 5 Pemerintah paling Kejam Didunia