[Sejarah] Top 5 Pemerintah paling Kejam Didunia



Di sebalik kejayaan sesebuah negara tentunya digerakkan oleh seorang pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang baik akan sentiasa menjaga kebajikan rakyat serta berlaku adil, jujur dan amanah dalam setiap urusan pentadbiran negara.

Namun, wujud pemimpin yang bersikap tidak berperikemanusiaan dan namanya terus dikenang sebagai 10 pemimpin zalim sepanjang zaman.



1. Atilia the Hun

Beliau merupakan pemimpin dari Empayar Hunnie dan berjaya menakluki Austria hingga ke Jerman. The Hun telah bertindak membunuh dan menghancurkan apa serta siapa sahaja yang cuba menghalang agenda beliau dalam meluaskan empayar penaklukannya.

Beliau dikenali sebagai pemimpin paling kejam dalam sejarah penaklukan orang gasar (Barbarian). Menariknya, The Hun sanggup merendamkan diri sendiri di dalam darahnya pada malam perkahwinan beliau bersama isteri.

The Hun juga pernah dianimasikan menjadi penjahat dalam Filem animasi Mulan oleh Disney.




2. Vlad III (Vlad the Impaler)

Beliau pula terkenal sebagai pemimpin yang mencetus hukuman yang kejam di Romania. Hal ini telah memberi inspirasi kepada Bram Stoker, iaitu watak utama novel Dracula.

Antara hukuman kejam yang diinspirasikan oleh beliau adalah paku ke kepala, memotong limpa, membutakan mata, membakar, memotong hidung dan telinga, mengerat anggota kemaluan, menyiat kulit, meletakkan mangsa di dalam sangkar yang mempunyai haiwan buas dan merebus manusia yang masih bernyawa.

Terdapat sumber yang mengatakan, pada tahun 1460 terdapat pembunuhan serta penyeksaan 10,000 pada masa yang sama.



3. Leopold II

Leopold telah menubuhkan Congo Free State yang merupakan satu projek persendirian dalam mengutip hasil getah di tengah benua Afrika. Beliau telah mengerah ramai tenaga buruh sehingga menyebabkan berlakunya kematian 3 juta orang.

Kuasa yang dimiliki oleh Raja Belgium ini tiada tandingnya sehingga beliau boleh memerintah dengan sesuka hati bersama tentera peribadinya, Force Publique.



4. Pol Pot

Pada tahun 1976, Pol Pot telah berjaya memegang jawatan sebagai pemimpin Khmer Rouge dan Perdana Menteri Kemboja. Hasil pemerintahannya, beliau telah mengakibatkan kematian seramai 2 juta orang Kemboja (1/3 populasi rakyat Kemboja) di atas kerahan buruh paksa dan penjagaan perubatan yang lemah.

Selama 3 tiga Pol Pot memerintah, beliau telah banyak melakukan pembunuhan di sebuah tempat yang dinamakan ‘Killing Fields’.

Mayat kemudiannya ditanam di dalam sebuah kubur besar. Demi untuk menjimatkan peluru senjatanya, Pol Pot lebih gemar menggunakan pemegang kapal, tukul, tombak dan buluh.



5. Adolf Hitler

‘Furher’ Jerman yang terkenal dengan sifat perkauman ini telah menyebabkan kemusnahan serta kematian yang tinggi sehingga mencecah angka 10 juta orang, termasuk 6 juta daripanya adalah orang Yahudi. Pembunuh beramai-ramai yang berlaku disebabkan Hitler dipanggil ‘Holocaust’.

Comments

Popular posts from this blog

[INFO] 5 Haiwan Paling Membunuh Dan Berbahaya Di Dunia

[Seram] Top 5 Hantu Jepun Paling Menakutkan

[Hiburan] Top 5 Movie yang Diharamkan di Malaysia