[Seram] Top 5 Hantu Jepun Paling Menakutkan
1. Kushisake Onna
Namanya bermaksud "wanita dengan mulut terbelah". Kalau korang pergi mana-mana pada lewat malam, dia akan muncul di hadapan korang secara tiba-tiba. Lagi menakutkan lagi, korang tak boleh melarikan diri sebab dia ada kebolehan 'teleport', dan akan muncul dihadapan korang dimana-mana sahaja. Mengikut lagenda, dia memakai baju kot, face-mask, dan juga membawa sepasang gunting besar.
Apabila muncul dihadapan korang, dia akan bertanya "saya cantik tak?". Kalau korang cakap tak, dia akan potong kepala korang dengan gunting saiz besar gila. Kalau korang jawab ya, dia akan buka face-mask dia, datang rapat ke muka korang, dan tanya "sekarang macamana?". Kalau korang jawab tak, sap! kepala korang akan dipotong. Tapi kalau korang jawab ya, dia akan belah mulut korang, sebab korang cakap dia cantik kan?
2. Teke-Teke
Nama "Teke-Teke" ni diambil daripada bunyi yang hantu ni buat bila dia berjalan. Sebenarnya semasa dia hidup, perempuan ni sebenarnya seorang yang baik tetapi ditolak di landasan kereta api dan badannya terputus dua. Disebabkan api kemarahan dia itu, bahagian atas badan dia masih lagi hidup untuk membalas dendam.
Walaupun dia berjalan dengan kedua belah tangan dia, dia mampu berjalan dengan sangat pantas dan akan kejar korang sampai dapat. Bila dia dah dapat korang, dia akan buat apa sahaja untuk putuskan badan korang jadi dua.
3. Aka Manto
Aka Manto bermaksud "Selendang Merah". Dia ni sebenarnya hantu yang duduk dekat toilet. Dia akan muncul bila korang kehabisan tisu tandas. Bila korang dah siap "bisnes" korang, dia akan muncul dan bertanya "nak tisu merah ka biru?". Kalau korang jawab merah, dia akan potong korang kepada beberapa bahagian. Kalau korang jawab biru, dia akan cekik korang sampailah korang mati kebiruan.
4. The Girl from the Gap
Bermaksud roh yang suka duduk di celahan tak kira sama ada celahan perabot, laci, atau katil yang korang sedang baring sekarang tu. Kalau korang jumpa dia, dia akan ajak korang bermain "sorok-sorok". Kalau korang jumpa dia, dia akan tarik korang masuk kedalam celahan tempat dia duduk tu dan akan bawak korang ke neraka!
5. Tomino's Hell
Tomino's Hell ialah satu puisi dimana orang yang membacanya dengan kuat akan mati. Tetapi, kalau korang bernasib baik, korang akan hidup tetapi akan ditimpa sesuatu kemalangan. Tomino's Hell merupakan puisi ciptaan Yomota Inuhiko dalam bukunya yang bertajuk "The Heart is Like a Rolling Stone". Ianya menceritakan tentang seorang budak yang bernama Tomino yang mati dan jatuh kedalam neraka.
Puisi Tomino's Hell:
Comments
Post a Comment